10 Rumah Orang Tua Profesional Terbaik Di Lembah Klang!

·11-min read

“Dasar anak tak kenang budi hantar mak ayah di rumah orang tua!” bebel si polan yang sibuk bekerja di pejabat walhal maknya di rumah sedang menanggung kesakitan.

Nanti dulu, jangan cepat menghukum! Anda mungkin sudah terjebak dengan drama TV yang banyak menayangkan kisah duka si ibu bapa yang tak terurus di rumah orang tua usang.

Realitinya zaman ini menghantar ibu bapa ke rumah orang tua tidak bermakna anda jahat! Malah, ia pilihan paling tepat bagi sebilangan anda yang sibuk bekerja untuk menguruskan sendiri ibu bapa yang uzur di rumah.

Rumah orang tua zaman sekarang dah moden. Bukan setakat jaga makan minum sahaja, kesihatan mental, fizikal dan emosi orang tua anda pun akan dipantau oleh jururawat terlatih secara harian atau sepenuh masa di samping kecanggihan fasiliti yang tersedia.

Ya, mula-mula memang dibelenggu rasa bersalah. Tetapi, apa kata anda tengok-tengok dulu rumah orang tua yang tersenarai di bawah, baru buat keputusan.

Sebab diakhirnya, anda mesti mahukan orang tua anda dijaga dengan baik ketika anda bekerja dan anda pun boleh melawat bila-bila masa!

PropertyGuru Tip

5 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih rumah kebajikan orang tua untuk ibu bapa anda adalah masa, rawatan, fasiliti, makanan/perubatan dan kewangan.

1. Laman Khaira

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Ada anak-anak yang perlukan perkhidmatan penjagaan orang tua mereka ketika sibuk bekerja atau hanya pada masa-masa tertentu sahaja, Laman Khaira ini menyediakan perkhidmatan sebegitu.

Kawasan operasinya adalah di Selangor dan Putrajaya dengan 4 pakej penjagaan khas yang disesuaikan dengan keperluan anda.

Anda boleh mengambil pakej Daily Care, Weekly Care, Monthly Care atau Home Care, tak lah rasa bimbang sangat tinggalkan orang tua seorang diri di rumah ketika anda keluar bekerja kan?

Pakejnya pula bergantung kepada keperluan anda dan kesihatan orang tua anda. Keluarkan duit sedikit supaya anda tak bimbang tiada siapa di rumah hendak jaga ketika anda keluar bekerja, bagus juga kan?

Projek hartanah baru berhampiran Laman Khaira:

2. Summer Breeze Cottage Caring Home

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Shoutout kepada penduduk Petaling Jaya! Mencari rumah orang tua untuk penjagaan harian atau penjagaan jangka masa pendek yang ala-ala First-Class Resort? Summer Breeze Cottage Caring Home sudah ada di depan mata!

Sebanyak 9 buah bilik dengan 8 bilik air ada disediakan lengkap dengan kemudahan moden dan pengawalan 24 jam serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti tilam yang mempunyai sistem sokongan punggung dan tulang belakang maksimum. Teliti sungguh!

Banyak aktiviti sosial dan sukan seperti baling bola, memancing, mah jong dan karaoke turut dilaksanakan di sini oleh golongan profesional yang terlatih demi menjaga kesihatan mental, fizikal dan emosi golongan warga emas. Nak rasa sunyi pun tak sempat!

TINSTAAFL! Mestilah anda kena menjangkakan perbelanjaan tinggi untuk perkhidmatan yang tiptop, betul tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saja pihak pengurusan. Jangan risau, mereka akan cuba memberikan yang terbaik mengikut bajet anda!

Projek hartanah baru sekitar Summer Breeze Cottage Caring Home:

3. CARE Concierge

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

DUA BELAS Perkhidmatan di bawah SATU pusat. Itulah ciri-ciri yang menjadikan CARE Concierge begitu premium!

Bukan sekadar penjagaan asas warga emas, kemudahan jururawat, ahli terapi & pengasuh yang profesional ke rumah untuk servis pemulihan selepas rawatan di hospital pun ada.

Terletak di lokasi tumpuan, Jaya One, Petaling Jaya, CARE Concierge mempunyai profesional khas untuk warga emas yang ada penyakit Dementia, Strok, Kanser, Alzheimer serta rawatan perubatan khusus selepas pembedahan. Menariknya!

Masih was-was? Faham, zaman sekarang susah nak percaya orang luar untuk jaga ibu bapa sendiri kan. Ingat lagi pada tahun 2019, kejadian di Negeri Sembilan, 10 orang warga emas didera dan dikurung sehingga maut oleh penyelia pusat jagaan warga emas. Ngeri!

Hm. . . Mungkin menghantar mereka di pusat jagaan sepenuh masa seperti Elderly Care DayCare lebih baik? Di sini, ibu bapa anda akan mendapat perhatian lebih oleh mereka yang berkelulusan, diiktiraf dan terlatih. Semua fasiliti yang digunakan sangat mesra warga emas.

Yuran bulanannya lebih kurang antara RM3,500.00-RM6,000.00. Kalau kongsi sesama adik-beradik, kira berpatutan lah! Duit boleh dicari tapi nyawa orang yang tersayang takkan boleh diganti.

Projek hartanah baru berhampiran CARE Concierge:

4. Attia Care Centre

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Semenjak 2010, Attia Care Centre telah bertapak di Klang, Petaling Jaya, Bukit Damansara dan Subang Jaya menawarkan bantuan pengasuh sepenuh masa sekali pakej dengan perkhidmatan mahir perubatan untuk komuniti warga emas.

Ya! Attia Care menerima rawatan koma, strok, kes kemalangan termasuk bantuan oksigen. Selain pemerhatian 24 jam oleh jururawat terlatih, semua warga emas di sana akan dilawati oleh doktor setiap minggu. Malah pertukaran shift ke hospital juga akan diuruskan oleh penyelia di sana.

Orang tua anda tak gemar rawatan moden? Terapi Akupunktur dan Otot mungkin boleh dijadikan faktor tarikan kepada mereka! Kalau bosan-bosan, boleh buat aktiviti bercucuk tanam, kaunseling, melayari internet atau menonton Astro.

Ha, tiada alasan lagi untuk ibu bapa anda tidak suka ke rumah orang tua! Pelbagai pakej ada ditawarkan dengan harga bermula dari RM900.00 hingga RM5,000.00 sahaja.

Projek hartanah baru berhampiran 4 cawangan Attia Care Centre:

5. Noble Care Homes

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Walaupun tua, tetapi jiwa masih rancak seperti enjin turbo! Orang tua anda memerlukan kebebasan. Noble Care mementingkan privasi dan kelonggaran kepada warga emas di sini.

Kenapa perlu layan mereka seperti orang tua sedangkan mereka berhak menikmati kemanisan hidup seperti yang lain?

Mempunyai 17 cawangan di seluruh negara antaranya di Ipoh, Midvalley, Kajang, Subang Jaya dan Ampang, warga emas di sini tidak dilayan sebagai pesakit, tetapi seperti tetamu VVIP!

Bukan sahaja mendapat perhatian dan rawatan kesihatan 24 jam, malah mereka juga berkesempatan menikmati gaya hidup moden dan inovatif di sini.

Nak relaks-relaks? Boleh manjakan diri di spa dan sauna, perkhidmatan mengurut, aktiviti yoga atau senaman Tai Chi di Noble Care. Ia juga ada khidmat Hypnosis Kendiri dan Latihan NLP yang baik untuk rangsangan mental. Nampak tak betapa khususnya Noble Care memahami keperluan warga emas?

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Servis tiptop macam ini rasanya anda boleh agak senarai harga yang ditawarkan di sini kan? Cop! Dengar cerita, semua pekerjanya peramah, apa kata anda cuba dulu hubungi mereka untuk senarai pakej yang ada, kot-kot berpatutan?

Projek hartanah baru berhampiran cawangan Noble Care Homes:

6. Graceland Home

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Rumah jagaan orang tua ada kolam renang? Biar betul! Ha, siapa suruh termakan dengan stigma negatif rumah kebajikan orang tua dalam TV itu.

Jika anda ingin merasakan seperti hidup semula dalam komuniti kehidupan yang premium, Graceland Home penyelesaiannya!

Selain jagaan harian, ia menawarkan perkhidmatan jagaan jangka masa pendek selama 6 minggu berturut-turut. Jadi, dapatlah anda berehat seketika atau ketika perlu sibuk bekerja di luar kawasan.

Orang tua anda mesti akan happy punya. Tambahan pula makanan sihat juga disediakan sebanyak 5 kali sehari!

Mereka juga akan mengadakan lawatan ke tempat ibadat, kelas muzik, seni dan aktiviti bercucuk tanam untuk mengelakkan orang tua daripada tertekan.

Jangan risau, semua warga emas di sini akan mendapatkan pemantauan kesihatan dan pengurusan ubat serta keselamatan secara rapi oleh pengasuh dan jururawat yang profesional dengan harga hanya RM150.00 saja sehari.

Projek hartanah baru berhampiran Graceland Home:

7. Dementia Homecare Centre Sdn. Bhd (DHC)

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Orang tua anda mengalami penyakit Alzheimer? Tipulah kalau tak risau nak hantar mereka ke pusat kebajikan orang tua di luar sana kan! Hanya 16 KM dari Klang, Dementia Homecare ini dibangunkan di Petaling Jaya khusus untuk warga emas yang mengalami Alzheimer.

Penubuhan ini legit sebab ia mendapat sokongan oleh Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM). Kalau macam itu, sudah tentu servis yang ada di sini juga sangat khusus dalam memberikan rawatan jangka panjang kepada mereka yang mempunyai Dementia atau Alzheimer.

Paling penting, keselamatan! Selain CCTV, DHC lengkap dengan sistem keselamatan ketat yang boleh dikawal dari jauh oleh jururawat yang kebanyakannya berkelulusan luar negara. Jadi, tak perlu risau!

NANTI DULU! Sebelum nak daftarkan orang tua anda di sini, anda perlu mendapatkan rujukan doktor dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka mempunyai penyakit Alzheimer. Jika anda lepas ujian kelayakan DHC, barulah boleh join the club!

Projek hartanah baru berhampiran Dementia Homecare:

8. Lotus Care Premium Assisted Living

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Lotus Care antara pusat jagaan yang banyak terima maklum balas positif dari semua pelanggan kerana ciri-ciri premiumnya yang menyerlah dari segi fasiliti dan suasana tempat tersebut.

Sebanyak 12 jenis servis ditawarkan di sini secara harian atau sepenuh masa dari segi rawatan perubatan yang rapi, fisioterapi, penjagaan dan kebersihan diri serta dobi.

Lotus Care juga ada khidmat jururawat 24 jam tau! Semua pekerja diiktiraf dan berpengalaman dalam menjaga warga emas. Lega!

Untuk warga emas yang sakit tiada harapan untuk sembuh, Lotus Care akan bantu memberikan sokongan mental dan fizikal secara holistik sehingga ke akhir hayat mereka.

Setiap bilik akan diselia oleh jururawat masing-masing. Bahkan, setiap minggu mereka akan dibawa ke hospital untuk check-up. Ringan sikit tanggungjawab anda hendak jaga orang tua.

Kalau macam ini, barulah yakin nak hantar orang tua anda di sini sementara anda sibuk di pejabat atau hujung minggu. Kalau berminat, boleh cuba hubungi mereka untuk recce harga pakej yang ada di sini!

Projek hartanah berhampiran Lotus Care Premium Assisted Living:

9. Golden Years Senior Residence Nursing Home

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Residensi yang terletak di Kota Kemuning Shah Alam ini dibangunkan dengan latar belakang perubatan yang dipercayai.

Semua jururawat (APC), pembantu perubatan dan pakar terapi mempunyai kelulusan yang diiktiraf. Ini termasuk kemudahan residensi yang canggih dan selamat digunakan oleh warga emas.

Golden Years Senior Residence sangat mementingkan kesihatan warga emas untuk jangka masa yang panjang. Bayangkan, setiap tahun mereka akan mewajibkan vaksin Influenza dan ujian darah kepada semua warga emas!

Persekitaran menghijau di sekelilingnya dengan reka bentuk Biofilik mesra warga emas baik untuk kesihatan mental mereka. Rawatan fisioterapi bagi masalah gangguan tidur, kegelisahan dan kemurungan juga turut ditawarkan di sini.

Patutlah ia dianggap antara rumah orang tua Shah Alam yang mendapat perhatian ramai. Bermula dengan harga RM2,850.00 anda boleh menyediakan keperluan penjagaan yang lengkap untuk orang tua anda.

Projek hartanah berhampiran Golden Years Senior Residence Nursing Home:

10. Amazing Grace Retirement Home

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Wujud sejak dari tahun 2014, Amazing Grace Retirement Home kini mempunyai 4 cawangan di Taman OUG, Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Di luaran mungkin nampak sama seperti rumah orang tua biasa di luar sana. Tetapi, bila anda lihat sendiri pakej dan aktiviti yang ditawarkan, Nah! Perspektif anda akan meleset sama sekali.

Kualiti aktiviti untuk warga emas di sini adalah NOMBOR 1! Intergeneration Care, program kolaborasi Amazing Grace dengan Real Kids mendapat pujian dalam merealisasikan keperluan emosi dan sosial warga emas. Terubat jugalah rindu mereka pada cucu-cicit yang jauh di perantauan.

Personal Hospital Assistance Services (PHAS) juga antara perkhidmatan yang tinggi permintaan di sekitar kawasan tersebut. Jadi, anda tak perlu tergesa-gesa meninggalkan pejabat untuk kes-kes kecemasan. Mudahnya!

Soal harga, anda diberikan peluang untuk berbincang dengan pihak mereka melalui Get Quote. Di situ anda boleh mengutarakan situasi dan servis yang anda perlukan bersesuaian dengan bajet anda.

Projek hartanah baru berhampiran Amazing Grace Retirement Home:

Bonus: Apartment Dwi-Kunci

rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua
rumah orang tua, rumah kebajikan orang tua, rumah warga emas, rumah orang tua shah alam, rumah jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua

Anda tak mahu hantar orang tua ke rumah penjagaan, mahu jaga sendiri tapi mahu juga sedikit privasi?

Jangan bimbang, sekarang ni ada hartanah jenis dwi kunci yang membolehkan anda berbuat demikian!

Antara yang menarik perhatian adalah Aragreens Residence yang dilengkapi dengan pembangunan blok perubatan bersepadu.

Terletak di Petaling Jaya berdekatan dengan akses lebuh raya Lembah Klang dan Damansara-Puchong, Aragreens Residence membolehkan anda berkongsi ruang tamu yang sama dengan orang tua anda tetapi unit rumah yang berbeza.

Walaupun sebumbung, tapi ciri-ciri privasi itu masih dikekalkan. Gitu! Paling penting, ada perkhidmatan rawatan untuk orang tua seperti Demensia, klinik dan farmasi.

Club house? Itulah antara tarikan utama di sini. Ciri-ciri fasiliti yang disediakan untuk anak muda dan juga warga emas. Jadi, kedua-duanya dapat menikmati keperluan sosial yang sihat!

Memang sesuai kalau lepas pencen ada plan nak hidup dengan anak-anak! Bermula dengan harga RM600,000, ada banyak jenis unit yang mungkin sesuai dengan permintaan dan kemampuan kewangan anda.

Di Akhirnya, Keperluan Orang Tua Anda Paling Utama!

Perspektif anak derhaka kerana hantar ibu bapa ke rumah orang tua yang berleluasa dalam masyarakat perlu diubah. Zaman sekarang bila mana, suami isteri perlu bekerja dan tiada siapa jaga orang tua di rumah di siang hari perlu diambil kira.

Menjaga kebajikan ibu bapa ada banyak cara. Kalau sudah terikat dengan tanggungjawab bekerja, macam mana nak 24 jam pantau ibu bapa yang uzur di rumah?

Jadi, rumah orang tua atau penjagaan harian orang tua memang terbaik. Anda tak perlu risau makan minum mereka dan boleh ambil setiap hari lepas waktu pejabat, atau tinggalkan ketika anda perlu keluar kawasan atas apa-apa urusan.

Sebab, di akhirnya, kesihatan ibu bapa anda yang sudah uzur perlu diutamakan, yang penting pilihlah rumah orang tua yang profesional supaya orang tua anda dapat khidmat terbaik!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting