10 Projek Perumahan Baru Berdekatan LRT!

·4-min read

Bila bincang soal hartanah, antara pertanyaan bakal pembeli bila cari rumah di Lembah Klang adalah: “Dekat tak dengan LRT?”

Pengangkutan awam memang jadi faktor utama dalam pelaburan hartanah, terutama sekali jika anda berminat nak memasuki pasaran sewa. Sistem pengangkutan awam yang baik menjanjikan pembangunan masa depan yang lebih terancang. Yerlah, sebab orang ramai mudah bergerak.

Buat masa sekarang, sistem LRT di Lembah Klang meliputi tiga jalur iaitu Laluan LRT Kelana Jaya, Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang membentuk jaringan pengangkutan awam utama di Lembah Klang.

Malah, sekarang LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama-Klang sudahpun 50% siap juga menjadi buruan para pelabur dan pembeli hartanah. Jadi, jom tengok 10 projek hartanah berdekatan LRT untuk memudahkan pencarian anda!

Jalur LRT Kelana Jaya

1) Plaza @ Kelana Jaya

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Terletak berdepan tasik Kelana Jaya dan bersebelahan LDP, servis residen Plaza @ Kelana Jaya dibangunkan pemaju perumahan terkemuka, Glomac ini hanya 5 minit dari Stesen LRT Kelana Jaya.

Unit di sini kebanyakannya bersaiz studio atau 1 bilik. Sesuai bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah dengan harga bermula dari RM360,000.

2) Aurora @ Subang Jaya (SJCC)

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Bagi mereka yang sudah lama menetap di Subang Jaya sudah tentu anda sudah terbiasa dengan lokasi dan keselesaan kawasan sekeliling. Tambahan pula Subang Jaya kini berstatus bandar raya!

Aurora merupakan servis residen yang terletak hanya 1 km dari Stesen LRT Subang Jaya yang juga terletak di kawasan komersial yang memang ramai orang! Demografik dan lokasinya menyebabkan harganya bermula dari RM756,000.

3) The Arcuz @ Kelana Jaya

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Jika anda seseorang yang memerlukan segalanya dalam radius 5 km je, inilah servis residen untuk anda. Hanya 900m dari Paradigm Mall, dan 700m ke Stesen LRT 3 yang dijangka siap pada 2023.

Jika anda ingin menggunakan LRT Laluan Kelana Jaya, The Arcuz terletak 3km dari LRT Kelana Jaya. Mudahkan jika anda boleh berjalan kaki ke semua kemudahan yang diperlukan?

PropertyGuru Loan Pre-Approval
PropertyGuru Loan Pre-Approval

Penyelesaian Relevan

PropertyGuru Loan Pre-Approval

Jalur LRT Sri Petaling

4) Aster Green @ Sri Petaling

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Kawasan Sri Petaling jarang mendapat perhatian apabila kita menyebut tentang pelaburan hartanah, namun kawasan ini bakal berkembang dengan adanya Pavilion Bukit Jalil tak lama lagi.

Aster Green adalah sebuah lagi servis residen yang bukan sahaja ekslusif, tetapi terletak 5 minit dari LRT Bukit Jalil.

Bermula dari harga RM423,800, hartanah ini bakal siap pada tahun 2022 dan sesuai untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan ingin menggunakan pengangkutan awam ke kerja! Jika bukan anda, mungkin untuk bakal penyewa anda?

5) Bliss @ Old Klang Road

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Kawasan Jalan Klang Lama kini kian pesat membangun dan ini adalah petunjuk baik bagi mereka yang ingin menganggar nilai masa hadapan sesebuah hartanah.

Jika anda mencari sesuatu yang mampu milik, BLISS yang bakal siap tahun 2023 merupakan hartanah berstatus pegangan bebas dan terletak hanya 5 minit dari Stesen LRT Awan Besar! Unit di sini rata-ratanya bersaiz 696 hingga 973 kaki persegi berharga bermula dari RM378,600.

6) 8th & Stellar @ Sri Petaling

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Antara jenis hartanah yang menjadi pilihan generasi muda kini adalah duplex atau loft kerana keunikannya! 8th & Stellar mempunyai unit dua tingkat ini yang memang sukar dicari!

Hartanah istimewa ini bermula dari RM540,000 ke RM919,000 dan hanya 5 minit dari LRT Bukit Jalil! Semestinya pemandangan dari unit duplex di sini juga pasti menarik!

Jalur LRT Ampang

7) The Suite @ Jalan Ampang

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Anda mungkin bukan je mencari hartanah kediaman tetapi mencari pelaburan komersial seperti The Suite di Jalan Ampang yang merupakan Small Office/Flexible Office (SOFO).

Bagi pelabur atau mereka yang mencari hartanah komersial, mungkin ini jawapan anda. Lokasi hartanah ini hanya 3 km dari LRT Ampang dan semestinya merupakan lokasi yang terbaik, di tengah-tengah bandar. SOFO ini bermula dari harga RM387,340 dan ke atas.

8) PV9 Residences @ Taman Melawati

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Jika anda tahu dan kenal kawasan Taman Melawati, Platinum Victory adalah salah satu pemaju yang tak asing lagi di kawasan tersebut.

Projek terbarunya, PV9 di Taman Melawati adalah sebuah kondominium yang bermula dari harga RM530,000 dan terletak 500m dari Stesen LRT Taman Melati. Cukup sesuai bagi keluarga muda yang lebih gemar menggunakan LRT untuk bergerak.

PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel
PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel

Klik Untuk Sertai!

PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel

9) Quinn @ Wangsa Maju

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

Quinn adalah satu-satunya projek kondominium yang sukar didapati dalam pasaran hari ini kerana lokasinya yang dianggap sangat bernilai! Ianya terletak hanya 50m dari LRT Sri Rampai.

Bayangkan stesen LRT hanya sebelah perumahan yang anda diami! Harga dari RM417,800 dan ke atas bagi hartanah ini.

10) The Valley @ SkySierra

laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3
laluan lrt, lrt kelana jaya, lrt sri petaling, lrt ampang, pinjaman perumahan, lrt 3

The Valley adalah pembangunan kondominium dengan 5 ekar tanah yang dikhaskan untuk fasiliti residen.

Antara kelainan pada The Valley ini adalah unit yang berkonsep dual-key atau dwi-kunci yang mana anda boleh menetap bersama keluarga tetapi masih menjaga privasi masing-masing, ataupun menyewakan unit tersebut sebagai pelaburan!

Penyewa anda pasti menikmati kemudahan LRT hanya 3 minit dari kondo ini! Harga bermula dari RM426,000 ke RM826,000.

Selain daripada jalur sedia ada, sudah pasti juga LRT 3 pasti akan menjadi tumpuan pelabur. Jalur LRT 3 ini akan melalui Bandar Utama hingga ke Johan Setia, Klang. Sudah pasti lokasi-lokasi yang panas ini juga harus diberi perhatian seperti Glenmarie, Shah Alam dan Klang!

Jadi, dah sedia nak beli rumah?

Sebelum buat keputusan beli rumah tu, ketahui dulu 24 istilah lazim pinjaman perumahan dan langkah kacang je nak buat pinjaman ni! Boleh jaga layari pembangunan menarik lain di laman web BM kami!