10 Jenis Pokok Kaktus & Cara Mudah Jaga Dalam Rumah

·7-min read

Ramai orang yang bercita-cita nak tanam pokok tapi tak ramai yang mempunyai ‘green fingers’ atau kebolehan untuk menanam dan membesarkan pokok dengan baik.

Sebenarnya, anda tak perlu pun pokok hiasan yang memerlukan penjagaan rapi untuk menghias rumah. Mulakan saja dengan pokok kaktus atau succulent (kaktus mini) yang comel!

Berasal daripada keluarga Cactaceae, ada lebih daripada 1,750 jenis kaktus yang berbeza bentuk dan warna. Pokok kaktus yang selalunya berduri ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana ianya sangat unik dan memerlukan sedikit air saja.

Pada yang betul-betul minat kaktus ni, mereka boleh tanam dan bela sampai berpuluh-puluh pokok kaktus atau succelent! Siap boleh buat terrarium cantik-cantik lagi untuk tambah hiasan dan juga berniaga.

Jadi, jangan biarkan kesibukan menghalang anda daripada memiliki tanaman hijau sendiri.

PropertyGuru Tip

Kaktus adalah succelent, tapi tak semua succulent adalah kaktus. Kaktus ada duri aroeles tapi tiada daun, tapi succulent ada daun tebal seperti kelopak bunga mekar. Kedua-duanya simpan air dalam batang/daun dan boleh hidup dalam panas/kemarau.

10 Jenis Pokok Kaktus Sebagai Dekorasi Rumah

Jenis pokok kaktus memang beribu la, kalau nak senarai semua memang tak cukup tempat, jadi kami pilih 10 je yang cantik comel untuk anda mulakan hobi jaga pokok kaktus.

1. Pokok Kaktus Bunga Ketam (Christmas Cactus)

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Seindah namanya, pokok kaktus berasal dari Brazil ini mengeluarkan bunga kaktus berwarna merah jambu terang dan sering dihadiahkan sewaktu musim perayaan Krimas.

Kebolehtahanan pokok ini menyebabkan ia boleh hidup selama 100 tahun! Wow!

2. Kaktus Tong Emas (Golden Barrel Cactus)

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Pokok kaktus yang cukup popular ini digemari ramai kerana ianya sangat mudah dijaga dan bentuknya yang bulat! Tapi jaga-jaga kerana durinya sangat tajam dan jari anda boleh terluka jika tak berhati-hati.

Ia tak memerlukan air yang terlalu banyak, serta boleh dibiarkan hidup di tempat yang mempunyai pencahayaan matahari yang baik. Anda hanya perlu menyiramnya hanya sekali dalam masa dua atau tiga bulan!

3. Fairy Castle Cactus

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Satu lagi pokok kaktus yang popular dan sering dilihat di rumah jiran tetangga. Kaktus mini ini boleh membesar sehingga 6-meter dan amat digemari kerana rupanya ibarat menara istana yang tumbuh melata.

Tak dapat duduk istana, dapat simpan pokok ala istana pun seronok juga kan?

4. Feather Cactus

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Alahai si kecil molek! Feather Cactus yang semacam bulu pelepah burung ini sangat disukai kerana keunikan rupanya yang boleh mengelirukan anda.

Anda mungkin ingat ianya adalah bunga kaktus dan nampak macam lembut saja, tapi awas! Yang kelihatan seperti bulu-bulu itu sebenarnya mempunyai duri-duri halus apabila disentuh.

5. Bunny Ear Cactus

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Mendapat jolokan Bunny Ear Cactus kerana rupanya yang seakan-akan telinga arnab, tumbuhan kaktus leper berasal Mexico ini mempunyai tompokan duri kecil dan sekata yang tumbuh di seluruh badannya.

Ia tak tajam dan sesuai ditanam di dalam rumah, jadi tak perlu risau kalau ada anak kecil atau haiwan peliharaan.

6. Blue Columnar Cactus

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Pokok kaktus yang berduri halus, panjang dan tajam ni pun yang selalu kita nampak orang tanam di kawasan halaman rumah.

Boleh dijadikan benteng sebab Blue Columnar Cactus boleh membesar sehingga 30 kaki tinggi dan antara pokok kaktus yang sangat cepat membesar! Sangat sesuai ditanam untuk jangka masa panjang.

7. Kaktus Bulan (Moon Cactus)

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Berasal dari Amerika Selatan, pokok kaktus ini mempunyai pelbagai saiz, jenis dan warna. Anda boleh dapatkan kepala yang berwarna merah, merah jambu, kuning, oren dan ada kalanya ungu!

Pokok hybrid ini adalah gabungan dua jenis kaktus yang berbeza dan tak memerlukan pencahayaan yang banyak. Jangka hayatnya pula pendek berbanding pokok kaktus yang lain.

8. Chin Cactus

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Pokok kaktus berbentuk renek, bulat dan berduri panjang jarak-jarak ini antara yang popular kerana ia mudah dijaga dan boleh dijadikan hiasan halaman yang menarik.

Bunga kaktusnya berwarna merah dan cantik apabila kembang mekar. Tengok, tak perlu siram hari-hari pun boleh dapat bunga!

9. Ladyfinger Cactus

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Nama diberi bukan kerana ia kelihatan seperti bendi, tapi bentuknya yang panjang dan montel seakan-akan jari berduri yang keluar dari tanah.

Ia menghasilkan bunga kaktus berwarna pink yang sangat comel dan kecil, menjadikannya antara kaktus mini yang digemari ramai.

10. Kaktus Zebra (Zebra Cactus)

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Kelihatan hampir sama dengan pokok aloe vera dan pokok lidah jin, pokok kaktus mini ini yang juga antara kegemaran peminat kaktus.

Anda pasti terpesona saat melihat daunnya yang panjang dan runcing, berbelang-belang putih, serta bertekstur agak kasar. Pokok kaktus zebra ini sering dilihat di ruang pejabat atau di atas meja kafe hipster.

Pokok kaktus memang sering dianggap sangat mudah dijaga, tapi kalau tersilap langkah boleh mati dan tak tahan lama juga. Malu saja nanti kalau orang tahu kita tanam pokok kaktus pun tak hidup!

Oleh itu, kami akan bantu anda supaya mampu menanam dan menjaga pokok kaktus dengan jayanya. Ikut je 5 cara jaga mudah ni.

5 Cara Jaga Pokok Kaktus Di Rumah

Pokok kaktus atau kaktus mini boleh didapati dengan harga serendah RM3.00 sepasu, bergantung saiz dan jenisnya.

Cukup murah untuk anda mula berjinak-jinak dengan tanaman ini tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Anda juga boleh membuat pilihan dan membeli secara dalam talian melalui platform e-commerce seperti Shoppe dan Lazada atau media social Facebook dan Instagram. Nak jaga pula macam mana?

1. Cara tanam pokok kaktus

Biasanya pokok kaktus disemai dalam pasu kecil atau besar bersesuaian dengan saiznya. Namun, jangan sering bertukar pasu, kecuali jika perlu.

Jika anda membeli dari nurseri pokok atau dalam talian, pastikan anda menukar tanah tanaman kaktus agar ia dapat menerima zat baru untuk tumbesaran.

Terdapat pelbagai campuran tanah yang dicadangkan dan anda boleh cuba mana yang sesuai. Untuk permulaan, anda boleh gaulkan tahi ayam kering atau kompos, sekam dan pasir dengan campuran 1:1:1. Gaulkan sebati dan masukkan ke dalam pasu yang sesuai.

Anda juga boleh menggabungkan pasir, batuan kecil, tanah hitam (campuran sabut kepala dan sekam padi), perlite (lava gunung berapi yang diproses) dan tambahan baja ‘osmocote’. Campurannya pula ialah dua skup tanah, satu skup per lite, pasir, batu lava dan baja.

Pastikan campuran tanah ini bersifat poros untuk membolehkan air lalu dengan mudah. Pastikan juga pasu anda berlubang di bawah untuk pengaliran air dan udara yang bagus.

Pokok kaktus memerlukan 4 hingga 6 bulan untuk tumbuh stabil dan sehingga 2 tahun untuk mengeluarkan anak.

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

2. Siram untuk kesegaran!

Secara umumnya, pokok kaktus tak memerlukan siraman air yang banyak. Pokok kaktus bersifat menyimpan air, tahan cuaca panas dan boleh hidup lama walaupun tak disiram.

Malah, jika anda kerap menyiram, pokok kaktus kesayangan anda boleh mati!

Batangnya akan mula menjadi lembik dan bertukar kehitaman, seterusnya merosakkan akar. Pokok kaktus mempunyai sensitiviti tersendiri dan sebagai pemilik, anda perlu memahami sifat kaktus supaya tak tersilap langkah.

Apabila anda baru membeli kaktus, adalah penting untuk tak menyiramnya selama seminggu.

Ini membolehkan kaktus menyesuaikan diri di tempat baru dengan cuaca dan suhu yang berlainan. Nak selamat, siram pokok kaktus tu sekali seminggu pun dah cukup.

3. Pilihan baja yang pelbagai

Bela pokok kaktus ni anda tak perlu membaja selalu. Kalau terlampau kerap membaja nanti boleh mengurangkan kecantikan kaktus, lebih-lebih lagi yang jenis berdaun lebut.

pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus
pokok kaktus, bunga kaktus, kaktus mini, jenis kaktus, cara jaga pokok kaktus

Setiap 6 atau 12 bulan sekali anda boleh membeli baja berunsur cecair yang lengkap dengan nitrogen, fosforus dan kalium untuk memastikan pokok kaktus anda mendapat zat yang secukupnya.

4. Lawan serangan perosak!

Pokok kaktus yang tak dijaga dengan baik boleh dijangkiti kulat tertentu yang akhirnya menyebabkan pokok anda berkulat dan memburuk. Anda boleh gunakan racun kulat pada kadar yang bersesuaian untuk menghalang masalah ini.

Jika diserang serangga perosak pula, gunakan cecair serangga organik dengan mencampurkan 1 sudu sabun pencuci pinggan, cuka dan air lalu sembur saja pada serangga yang mengganggu.

Elok guna yang organik sebab bahan kimia mungkin menganggu pertumbuhan kaktus anda.

5. Berikan penuh kasih sayang

Apa saja kita nak buat, kena lakukan dengan kasih sayang, barulah elok kejadiannya! Jadi, sentiasa perhatikan pokok kaktus anda.

Jika pertumbuhannya senget dan lebih menghala ke arah cahaya matahari, anda mungkin perlu mengubah kedudukannya kerana ia kekurangan cahaya matahari untuk hidup.

Jika pokok kaktus anda terasa lembik pula, kurangkan pemberian air dan periksa kemungkinan jangkitan kulat.

Selamat menanam dan menjaga pokok kaktus!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting