10 Jenis Ikan Laga & Tips Mudah Jaga Di Rumah

Bagi ramai orang, haiwan peliharaan adalah perkara penting dalam hidup mereka. Lebih-lebih lagi yang tinggal seorang, taklah sunyi sangat kalau bela kucing ke kan…

Kalau anda nak tahu, dari segi ekosistem, hubungan antara haiwan dan manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain.

Apa yang menariknya, manusia dengan haiwan ini boleh mewujudkan satu hubungan alam yang unik. Pernah dengar Teori Biophilia?

Ha. . . dari segi psikologi, teori ini mengatakan interaksi antara manusia dengan haiwan dapat memberikan perasaan positif kepada manusia.

Tapi, ada juga pengurusan bangunan yang tak benarkan penghuninya membela haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing. Jadi, apa haiwan yang boleh anda bela tanpa langgar peraturan?

Ikan lah paling mudah! Malah, kajian Dilansir Tonic Vice membuktikan bahawa tekanan darah dan denyutan nadi dapat dikawal dengan hanya melihat ikan berenang selama 10 minit saja.

Maknanya, bela ikan sebagai haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai Animal Assisted Therapy lah!

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Jom Kenali Ikan Laga!

Ikan laga atau nama genus saintifiknya Betta ni ada 73 spesies tau! Yang paling terkenal tentulah Betta splendens atau Ikan Laga Siam. Kalau Ikan Laga Kampung pula ia spesies Betta imbellis. Ha tu baru 2 spesies, ada 71 lagi.

Dahulunya, ikan laga hidup di kawasan air tawar. Sebab itulah ia senang dijumpai di parit dan bendang terutamanya ikan laga kampung.

Malah, permintaan terhadap ikan laga naik mendadak sejak PKP diisytiharkan pada tahun lepas. Mungkin sebab bosan terperap saja di rumah, itu yang ramai bela ikan laga sebagai hobi baru!

Ikan laga ini terkenal sebab warna dan bentuknya yang pelbagai terutamanya bahagian ekor. Bukan main beralun lagi bila berenang. Memang cantik! Tapi, ada juga yang bela semata-mata untuk dipertaruhkan dalam pertandingan laga.

Walaupun kecil sebesar jari kelingking saja, ikan laga hebat dalam ‘melaga’. Tenaga dan skill melaganya berbeza mengikut jenis. Lagi power lagi mahal harganya sampai mencecah ribuan ringgit!

Menarik kan? Asyik bela kucing saja, boring! Apa kata kali ini anda bela ikan laga pula. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jom tengok beberapa jenis ikan laga yang ada!

Jenis Ikan Laga

Ikan laga ni memang lawa di ekornya. Tapi bukan semua ekor tu sama tau. Jom kita teliti beberapa jenis yang terkenal ni.

1. Ikan Laga Kampung/ Peaceful Betta

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Ikan laga kampung atau dikenali juga dengan nama Peaceful Betta/ Crescent Betta ni hanya ada di Asia Tenggara je di Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand.

Selalunya ia hidup di kawasan sawah padi, paya, sungai dan kolam. Saiznya pula sekitar 2 hingga 2 setengah inci dan boleh hidup sampai 4 tahun.

Ikan laga kampung ni dapat nama 'peacefull' tu sebab berbanding ikan laga lain, ia lebih lemah lembut dan tak suka bergaduh sampai boleh letak sekali dengan ikan lain.

Malah, kalau letak dalam akuarium cukup luas dengan tumbuhan hijau mencukupi, ia boleh hidup berpasangan. Memang aman damai je...

2. Ikan Laga Halfmoon Betta

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Digelar Halfmoon Betta kerana bentuk ekornya yang 180 darjah kelihatan sakan-akan bulan separuh penuh. Jenis ini melambak-lambak dekat Malaysia.

Harga Halfmoon Betta lebih kurang antara RM20.00-RM30.00 ringgit seekor mengikut umur, warna, jantina, bentuk ekor dan saiz. Ia juga tergolong dalam ikan laga paling cantik di dunia.

Sebab itulah ia bernilai tinggi kerana memerlukan proses pembiakan yang banyak untuk mendapatkan Halfmoon yang sempurna.

3. Ikan Laga Double Tail Betta (DT)

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Ekor terbelah dua menjadi simbolik Double Tail Betta kerana alunan lenggok ekornya semasa berenang kelihatan seolah ada dua ekor.

Keluarga DT atau nama lainnya Ikan Laga Ekor Cabang boleh datang dari pelbagai jenis seperti Halfmoon, Crowntail, Veiltail, dan Giant.

DT yang betul-betul menjadi boleh dilihat apabila ekor belakangnya berbentuk tepat 180 darjah dan belahan di depan pula berbentuk semetri.

Tapi, sebenarnya susah tau nak dapatkan DT yang sempurna. Kalau ada pun, harganya agak tinggi.

4. Ikan Laga Crowntail Betta

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Crowntail Beta digelar Ikan Laga Matarahari disebabkan ekornya yang kelihatan seperti pancaran sinaran cahaya matahari.

Lain pula dengan orang Barat yang melabel bentuk ekornya seperti Mahkota atau Crown. Katanya berasal dari Indonesia dan cukup dikenali dengan nama Chupang.

Bentuk ekornya terhasil bergantung pada jumlah tulang dan cabang. Jika semua cabang ekor belakangnya sempurna 180 darjah, bolehlah mark-up harga kaw-kaw sebab itulah Crowntail yang menjadi rebutan pasaran!

5. Ikan Laga Plakat Betta

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Plakat Betta paling senang untuk dikenali kerana mempunyai dua sirip. Sirip atasnya pendek berbanding sirip bawah. Ekornya pula berbentuk halfmoon pendek.

Jangan keliru antara Plakat Traditional Show dengan Plakat Modern Show pula! Traditional Show adalah jenis ikan laga yang mempunyai struktur ekor D bulat tanpa cabang serta sirip bawah berbentuk trapezium.

Ekor Plakat Modern Show pula bercabang dan bentuk semetrinya lebih dominan. Hanya benih-benih yang terpilih saja dapat menghasilkan Plakat jenis ini.

6. Ikan Laga Veiltail Betta

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Sirip dan ekor yang labuh dan jatuh seperti langsir menjadikan Veiltail mudah untuk dikesan. Ia juga antara yang paling senang didapati di Malaysia.

Permintaan Veiltail Betta di pasaran tidak begitu banyak persaingan. Sebabnya, ia mudah dibiakkan dan peratus nak dapatkan baka yang kacuk itu sangat rendah.

Mungkin, sebab itulah harganya lebih murah berbanding ikan laga yang lain. Kalau dalam carta ratu ikan laga tercantik tu, Veiltail Betta antara yang tercorot.

7. Ikan Laga Elephant Ear Betta

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Lincah berenang! Digelar Elephant Ear Betta kerana sirip kiri dan kanan mirip telinga gajah apabila beralun-alun di dalam air.

Jenis jantan lebih suka menyerang dan menjadi dominan. Sebab itulah tak boleh letak dua ekor jantan Elephant Ear Betta dalam bekas yang sama. Boleh mati salah seekor kerana berlaga sesama sendiri.

Walaupun agresif, ia menjadi buah hati kebanyakan pemelihara ikan laga! Mungkin kerana campuran warnanya yang pelbagai dan unik?

8. Ikan Laga Rosetail Betta

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Ala-ala puteri kayangan gitu. Begitulah gambaran yang secocok bagi Rosetail Betta kerana ekor yang berbentuk bunga dan beralun. Ini antara ikan laga paling komersial di pasaran.

Tetapi, agak bahaya jika ekornya membesar terlalu lebat sebab ia akan melambatkan pergerakan ikan ketika berenang. Jadi, jangka hidupnya tidak begitu panjang.

Kalau nak jadikan Rosetail sebagai ikan peliharaan, carilah yang masih kecil kerana tumbesaran tulang ekornya lebih seimbang dan terkawal. Mudah sikit nak bela!

9. Ikan Laga Avatar Betta

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Pada tahun 2019 dalam sebuah dalam pertandingan kecantikan ikan laga hiasan, Terengganu Betta Monsoon Cup Vol 3, spesis kacukan Avatar Betta telah menjadi juara dan dapat dijual pada harga RM7,000.00!

Apa yang menariknya, kulit Avatar Betta ini akan memancar-mancar ketika dalam gelap. Namanya diambil sempena watak yang dimainkan di filem Avatar.

Harga pasaran Avatar Betta ini antara yang paling mahal dijual iaitu daripada RM400.00 ke RM7,000.00 tau!

Mesti anda dah terpikat dengan keanggunan ikan laga kan? Selain cantik dan agresif, ia juga agak sensitif. Jika silap caranya, ikan laga anda boleh mati begitu saja.

10. Ikan Laga Samurai

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Ikan laga Samurai ni unik kerana warnanya tak menyeluruh di seluruh sisik tubuhnya. Tapi, ketidaksempurnaan ni membentuk corak yang menakjubkan.

Kalau nak tahu, ikan laga samurai ni adalah kacukan yang tak disengajakan hasil pembiakan ikan laga hitam bergenerasi lamanya di Thailand.

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Lepas tu, pembiakan diteruskan dan sekarang dah ada beberapa warna ikan laga samurai seperti merah dan biru. Tapi, hitam tu masih menawan!

Jangan risau, tak susah mana pun nak jaga ikan laga ini. Jom kami kongsikan tips bela yang power ni!

Harga Ikan Laga

Harga ikan laga berubah ikut pasaran ya, kami senaraikan beberapa harga terkini untuk pertimbangan anda kalau berminat.

Avatar

RM400-RM7,000

Candy & Koi

RM70-RM150

Candy Nemo

RM50-RM150

Candy Galaxy

RM90-RM200

Multicolor Galaxy

RM80-RM400

Star Tail Monkey

RM80-RM450

Dragon

RM50-RM150

Crowtail

RM30-RM100

Mustard Gas

RM50-RM200

Yellow Fancy

RM60-RM190

Dumbo

RM40-RM150

Super Gold

RM70-RM200

Samurai

RM50-RM250

Hellboy

RM50-RM180

Super Red

RM50-RM100

White Platinum

RM60-RM150

Cooper

RM50-RM100

Black

RM50-RM100

Wild Betta

RM50-RM200

Giant

RM100-RM450

Fccp

RM20-RM350

Half Moon

RM5-RM80

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Tips Jaga Ikan Laga

Ikan laga seperti haiwan peliharaan lain pun perlu penjagaan rapi. Tak boleh suka-suka je, kesian ikan tu. Jom tengok apa anda kena beri perhatian!

1. Air

Air komponen yang penting untuk diambil kisah sebab air yang kotor dan tak sesuai boleh memberikan penyakit kepada ikan laga sehingga boleh mati.

Jika anda menggunakan air paip, letakkan sedikit ubat anti-klorin seperti Nutrafin supaya menjadi lebih neutral. Ikan laga kalah dengan air berPH terlalu tinggi seperti air paip.

Kalau rajin, rendam air paip untuk beberapa hari sehingga klorinnya terasing. Itu lagi bagus untuk menjadikan ikan laga anda lebih sihat.

Selain itu, tukar air dua atau tiga kali seminggu untuk mengelakkan bakteria, kulat dan parasit menyerang ikan laga anda. Kalau nampak ia kurang aktif atau tak selera makan, ada bendalah tu yang tak kena!

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

2. Jenis/Kekerapan Makanan

Anda mesti tak sangka ikan laga ini sebenarnya haiwan karnivor. Haiwan-haiwan kecil lain dalam air tawar menjadi makanan ikan laga. Jadi, pastikan makanan yang anda pilih mengandungi protein yang tinggi.

Ikan laga tak makan banyak sangat. Biasanya dua kali sehari dan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan biarkan makanan yang tak dimakan bertakung dalam air lama-lama. Nanti rosak pula kualiti air ikan laga.

3. Saiz & Jenis Akuarium Sesuai

Ikan laga ni cepat stress. Bekas atau akuarium yang kecil boleh mengganggu kualiti air dan seterusnya membantutkan tumbesaran ikan laga.

Paling tidak pun, pilihlah akuarium bersaiz 19 liter untuk seekor ikan laga kecil. Jika kuantiti ikan adalah banyak, digalakkan beli yang 75 liter ke 100 liter.

Selain itu, akuarium jenis lut sinar juga penting supaya anda boleh lihat keadaan ikan laga anda setiap hari.

Jangan sesekali membela ikan laga dalam bekas besi yang cepat karat. Ia akan menyebabkan PH air terganggu.

4. Tumbuhan Akuatik

Tumbuhan akuatik ini berguna sebab ia memproses najis ikan laga yang menjadi makanannya.

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Ada kesan ke? Mestilah! Tumbuhan yang elok akan mempengaruhi kualiti air ikan laga supaya ikan laga anda sihat belaka. Syaratnya, kena rajin jagalah tumbuhan akuatik tersebut.

Tetapi, jangan letak secara berlebihan. Kalau boleh, letakkan juga lampu akuarium supaya terang sikit kehidupan ikan laga anda.

Daun ketapang antara kegemaran ikan laga sebab boleh menurunkan nilai PH air selain mampu membunuh bakteria dalam air.

5. Hiasi Akuarium Dengan Pasir, Kayu & Batu

Semua perhiasan akuarium anda boleh dapatkan di mana-mana kedai ikan peliharaan. Wajib ke letak hiasan? Lebih kepada ‘digalakkan’ supaya emosi ikan laga anda dapat dikawal.

Kalau ada semua hiasan tersebut, barulah ikan laga selesa dan kurang stress kerana ia seakan-akan hidup di habitat semula jadinya.

Apa salahnya berbelanja untuk haiwan peliharaan sendiri. Kalau ikan laga anda gembira, stress anda pun hilang bila tengok lenggok aksi renangnya!

Kelebihan & Kelemahan Bela Ikan Laga

Bukan kerana trend semata-mata. Nak bela ikan laga ini kena ada minat dan kemampuan sebab ia memerlukan perbelanjaan bagi keperluannya.

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Ada yang cakap membazir bela ikan laga. Ada juga yang berpendapat ia menguntungkan. Mana satu? Jom teruskan membaca!

Antara kelebihan yang paling jelas adalah, ikan laga mempunyai banyak corak dan warna yang pelbagai terutamanya kacukan. Harga pun murah. Kecuali jika anda beli yang jenis ribu-riban itu, lain cerita!

Walaupun secara fizikal ciri-ciri feminin ikan laga agak melampau, tetapi, ikan laga juga tahan lasak. Biasalah, habitat asalnya air paya dan air hitam, setakat nak sesuaikan diri dalam akuarium tanpa aerator, takde hal!

Kelemahan? Tipulah kalau tiada. Ikan laga ini agak sensitif terutamanya yang jantan. Sifat aggresif yang terlalu dominan boleh menyebabkan kematian kalau ia dah mula melaga.

Sebab itulah tak boleh campurkan dua jantan dalam satu akuarium. Leceh sikitlah kalau anda nak bela banyak ekor!

Paling sedih, jangka hayat ikan laga agak pendek. Perlukan perhatian lebih dari segi cara penjagaannya jika mahukan ia sihat dan hidup lama sehingga 2 hingga 3 tahun.

Ada Undang-Undang Tak Nak Bela Ikan Laga?

Nak buat bisnes kecil-kecilan pun perlu berdaftar dengan SSM betul tak? Cuma, jika ia melibatkan ikan laga, dari segi undang-undang, anda harus mendaftar dengan Jabatan Perikanan negeri masing-masing.

ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga
ikan laga, ikan laga samurai, jenis ikan laga, ikan laga kampung, harga ikan laga

Jangan risau, ini cuma bertujuan untuk merekod data. Kelebihannya, anda juga boleh meminta bantuan dari mereka jika berhadapan dengan masalah. Siap ada kursus khas yang disediakan tau!

Tak rugi pun mendaftar, inilah masa nak tolong sektor ekonomi negara kita. Betul tak?

Ikan Laga Sebagai Haiwan Peliharaan Di Rumah!

Ikan laga ni boleh jadi pilihan sesiapa yang nak merasa bela haiwan peliharaan tapi tak sanggup nak bela kucing atau anjing. Hobi berbaloi ni!

Malah, kalau anda betul-betul serius dengan minat terhadap ikan laga, manalah tahu daripada hobi, boleh bertukar kepada perniagaan yang menguntungkan?

Dengan modal yang kecil, tak mustahil boleh mendapat pulangan yang lumayan

Tambahan pula ikan laga semakin mendapat tempat dalam pasaran. Cepat-cepatlah rebut peluang keemasan macam ini!

Panduan Relevan