10 Design Grill Rumah Cantik Untuk Rumah Malaysia!

·4-min read

Grill rumah dah jadi macam kewajipan pasang di Malaysia ni. Kalaupun tak boleh pasang di semua tingkap, pintu dan pagar rumah, pintu depan rumah mesti dipasang.

Sebelum ni kami dah bincang tentang panduan keselamatan dan peraturan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat tentang pemasangan grill rumah. Jadi kali ni kita tengok pula design grill rumah yang lawa-lawa untuk inspirasi anda.

Sebelum tu, jom kita tengok anggaran harga grill rumah di Malaysia pula!

Harga Grill Rumah Di Malaysia!

Kerja menghias rumah ni memang seronok, tapi kenalah ikut bajet anda. Jadi, kami beri anggaran harga grill rumah yang ada di Malaysia ni untuk panduan anda dibuat recommend.my seperti dalam jadual bawah, tapi nak tahu harga tepat kenalah tanya kontraktor ya.

Jenis Bahan

Harga Grill Rumah

Keluli Tahan Karat

Dari RM30 kaki persegi

Besi Tempa

Dari RM21 kaki persegi

Aluminium

Dari RM19 kaki persegi

Baja Ringan

Dari RM11 kaki persegi

Tapi, harga ni anggaran je, sebab ia juga bergantung kepada ukuran dan ketebalan besi yang digunakan.

Dah tahu anggaran harga, jom kita tengok pula 10 contoh design grill rumah moden yang cantik-cantik ni. Mana tahu ada yang berkenan!

1) Grill Pintu Menyilang

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Berbentuk petak yang menyilang atau geometri diamond antara reka bentuk pilihan bijak untuk mengelakkan rumah diceroboh.

Design ini akan menyukarkan penceroboh untuk membuka engsel pintu rumah anda. Besinya juga kukuh dan sukar untuk dipotong.

Selain cantik dan kemas, ciri-ciri keselamatannya juga membuatkan ia sesuai dipasang di pintu utama rumah anda!

2) Grill Pintu Vertikal

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Design yang paling ringkas tapi moden ini banyak didapati di rumah bertingkat seperti kondominium dan apartment. Warna putih menjadi pilihan ramai untuk menampakkan ia lebih kemas dan elegan di pintu rumah anda.

Walaupun ia nampak macam mudah untuk diceroboh, anda kena pandai bermain dengan jarak vertikal antara grill tersebut. Jadi, tak mudahlah untuk pencuri mencapai engsel pintu rumah.

3) Grill Pintu Dedaun / Bunga

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Grill jenis ini menggunakan besi tempa (wrought iron) sebab mudah untuk dilentur dan dibentuk. Selalunya 3 warna jadi pilihan iaitu emas, perak dan gangsa.

Kemudian diserikan dengan bentuk daun dan bunga berwarna hijau atau merah. Untuk tahan lama, boleh sembur dengan salutan perlindungan (powder coated). Memang berkilat dan megancam!

Rekaanya ikut selera, kalau nak grill rumah moden seperti contoh gambar di atas pun cantik. Tak perlu berbunga-bunga sangat pun.

4) Grill Rumah Maze

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Bentuk seperti ini selalu kita tengok ada dekat rumah lama. Jarak antara besi biasanya lebih kurang 20 cm. Jadi, agak-agak nak masuk tangan tu memang tak lepas lah.

Model jenis ini akan memberikan sentuhan klasik. Malahan, ia juga kukuh dan tidak mudah dibengkokkan. Selain pintu, grill rumah ni juga sesuai dipasang di tingkap.

5) Grill Pintu Menegak & Mendatar

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Campuran bentuk mendatar di bahagian tengah dan garis menegak di bahagian atas dan bawah memberikan impak kontemporari dan elegan.

Grill rumah jenis ini sesuai digunakan di pintu yang lebar untuk nampak lebih kemas dan tersusun.

6) Grill Pintu Gabungan Besi & Kayu

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Design grill sebegini sangat jarang dipakai. Biasanya, rumah banglo yang mengutamakan konsep klasik kayu jati gemar menggunakan gabungan besi dan kayu sebagai grill pagar dan pintu rumah.

Namun, gabungan ini tak sesuai dipasang di tingkap kerana ia tidak tahan lama dan mudah rosak bila terdedah kepada cuaca lembap.

Boleh je kalau nak cuba. Cuma, kena tahanlah dengan kos penyelenggaraannya yang tinggi nanti!

7) Grill Tingkap Corak Arrow

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Grill rumah jenis arrow ni rekaannya menegak dengan celah-celah yang agak besar. Selalunya dipasang ditingkap, tapi nak buat di pintu pun boleh. Biasanya ia menggunakan grill jenis stainless steel dengan ketebalan 1.0mm.

Tapi, jika anda memasangnya di tingkap, disyorkan untuk memasang panel ‘keluar’ sebagai akses keselamatan jika berlaku kebakaran.

8) Grill Tingkap Jenis Melengkung

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Reka bentuknya agak unik berbanding yang lain dan selalunya kediaman berkonsepkan English Style gemar memilih grill tingkap sebegini.

Reka bentuknya yang melengkung membolehkan anda menghias ruangan dengan pokok hijau dalam pasu dengan kemas. Menariknya!

9) Grill Rumah Bentuk Lingkaran

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Rekannya yang berlingkar dengan sentuhan pelbagai warna pilihan anda mampu memberikan sentuhan seni yang menarik di tingkap anda.

Ia perlulah menggunakan besi yang mudah dilentur dan ditempa untuk menghasilkan ukiran yang cantik dan berseni. Harganya pun mestilah mahal sikit kan!

Tapi, kena ingat design ni selalunya sesuai untuk tingkap yang orang luar susah nak capai, sebab rekaan terbukanya mencetuskan isu keselamatan.

10) Grill Rumah Gabungan Besi & Kaca

grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden,  grill rumah moden
grill rumah, design grill rumah, grill pintu rumah terkini, contoh grill rumah, design grill rumah moden, grill rumah moden

Tengok pun dah tahu grill rumah jenis ini lebih kepada ‘nak nampak cantik’, dan aspek keselamatan tak dititik beratkan.

Pakej grill besi dan cermin kaca berwarna (stained glass) ni memang menarik, tapi tak ramai orang suka sebab rekaannya nampak gaya lama. Tapi, kalau kena gayanya memang lawa kan?

Sebenarnya, banyak je design grill pintu dan tingkap rumah anda boleh cuba, apatah lagi kalau anda ada duit lebih untuk menjadikan dekorasi rumah anda lebih menarik.

Selamat mencuba!

Panduan Relevan