10 Design Dan Deko Rumah Tanah Tinggi Terbaik Di Malaysia

·7-min read

Malaysia merupakan bumi yang bertuah kerana kaya dengan pelbagai sumber. kawasan tinggi seperti Cameron Highland, Bukit Tinggi, Kundasang, dan juga Bukit Fraser.

Bayangkan anda berhijrah ke kawasan tinggi dengan udara segar dan cuaca sejuk yang jauh lebih selesa daripada kawasan rendah.

Suasana yang nyaman dan menenangkan seperti ini sudah tentu mampu menghilangkan tekanan, ditambah pula dengan suasana hijau saujana mata memandang. Hidup pun tenang je.

Dah dapat peluang seperti ini pasti anda teruja untuk memikirkan reka bentuk rumah apa yang sesuai dibina atau dibeli nanti kan?

Jadi kami akan kongsikan beberapa inspirasi reka bentuk rumah di tanah tinggi yang cukup unik dan mempunyai nilai seni yang tinggi serta berbeza dengan kawasan kejiranan.

1) Design ‘Tinhouse’

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Ini adalah yang berasal dari kawasan pedalaman di Scotland’s Isle of Skye. Idea ini dicetuskan oleh firma arkitek yang terkenal di sana iaitu Dualchas dan Rural Design.

Tinhouse ini mempunyai struktur yang unik dan menarik serta mudah dibina tanpa memerlukan anda melabur dengan modal yang banyak.

Konsep reka bentuk ni menggunakan aluminium beralun sebagai lapisan luar untuk bumbung dan juga dinding.

Manakala untuk dalaman pula, ia mengayakan lantai konkrit dan papan kayu, panel dinding kayu serta kabinet papan yang sesuai dengan sifat moden dan desa.

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Selain daripada penggunaan tingkap biasa, ciri menarik lain pasal reka bentuk ini ialah penggunaan bumbung ‘skylight’ dimana ia dapat meningkatkan pencahayaan dan juga pengudaraan.

Reka bentuk ini juga menggabungkan idea gaya moden dan minimalis untuk mendapatkan rumah yang selesa, selamat dan teratur terutamanya mencerminkan kesederhanaan hidup.

Reka bentuk ini amatlah sesuai bagi sesiapa yang gemarkan hidup cara sederhana dengan suasana yang dingin dari atas bukit. Ini kerana ia hanya menyediakan ruang yang cukup untuk bilik tidur, ruang tamu, dapur dan juga bilik air.

2) Design Victoria

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Reka bentuk ni bukan sahaja mempunyai seni bina yang luar biasa, tetapi ia juga dihiasi dengan unsur hiasan yang indah inspirasi era pemerintahan Ratu Victoria, United Kingdom.

Contohnya tiang yang berukir, bentuk gerbang yang digayakan pada tingkap dan pintu yang mampu memberikan penampilan yang vintaj dan asli.

Ia juga mempunyai campuran gaya yang berbeza seperti Queen Anne, Revival Greek dan juga Gothic yang menjadikannya lebih istimewa.

Gabungan warna juga memainkan peranan yang penting dalam identiti rumah gaya Victoria. Kebiasaannya ia akan melibatkan kombinasi sekurang-kurangnya 3 warna.

Bukan tu je, tema utama reka bentuk ini ialah untuk menggambarkan kemewahan. Rumah jenis ini semakin mendapat tempat di hati ramai dan sangat sesuai untuk siapa nak rasa hidup macam golongan berada.

Dengan reka bentuk seperti ini ditambah pula dengan suasana yang dingin boleh dikatakan ala ala tinggal di negara barat yang mempunyai musim sejuk.

7 Reka Bentuk Rumah Setingkat Yang Sesuai di Malaysia
7 Reka Bentuk Rumah Setingkat Yang Sesuai di Malaysia

Panduan Relevan

7 Reka Bentuk Rumah Setingkat Yang Sesuai di Malaysia

3) Design Kolonial

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Ia adalah salah satu trend seni bina perumahan yang paling banyak dan terkenal dalam sejarah Amerika.

Gaya ini juga telah mendapat tempat di hati negara Asia Tenggara termasuklah negara kita. Struktur reka bentuk ini menampilkan rekaan yang diperbuat daripada kayu dan batu bata.

Terdapat juga gaya bumbung yang paling popular iaitu bumbung sampingan dimana bahagian segi tiga bumbung berada di sisi rumah.

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Reka bentuk kolonial selalunya menggayakan bentuk simetri di mana pintu rumah akan berada di tengah tengah dan diapit dengan elemen lain seperti tingkap, dan tiang. Berkenaan dengan tingkap pula, ia dilengkapi dengan gabungan tulang dan beberapa bilah kaca.

Antara jenis tingkap yang digayakan ialah ‘bay window’ dimana anda boleh membukanya untuk mendapatkan udara yang segar serta dapat memandang pemandangan yang indah dari kawasan yang tinggi.

Bijaknya 5 Inspirasi Rumah Melayu Tradisional!
Bijaknya 5 Inspirasi Rumah Melayu Tradisional!

Panduan Relevan

Bijaknya 5 Inspirasi Rumah Melayu Tradisional!

4) Design 36

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Design ni juga semakin menjadi trend di Malaysia kerana memiliki banyak kelebihan seperti harga mampu milik dan penyelenggaraan yang mudah. Rumah jenis 36 ni ialah rumah dengan luas bangunan 36-meter persegi.

Dengan ukuran rumah 6x6 meter, rumah ni biasanya terdiri daripada dua bilik tidur, ruang dapur, satu atau dua bilik air dan juga satu ruang tamu yang sekaligus merangkap sebagai ruang keluarga.

Dengan konsep minimalis, reka bentuk ni sesuai sangat untuk yang berkeluarga kecil. Antara contoh yang boleh dibuat dengan reka ini ialah rumah jenis 36 tanpa garaj.

Gaya seperti ini sangat popular bagi siapa yang menggemarkan halaman yang luas. Anda boleh mengambil peluang ini untuk menanam pelbagai jenis tanaman hiasan di halaman agar rumah kelihatan lebih menawan dan mempersona.

Ini kerana tanah tinggi mempunyai kualiti tanah yang baik untuk bunga dan tanaman lain berkembang mekar.

5) Design Rumah Kampung Moden

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Reka bentuk ni juga sesuai untuk dibina di kawasan tanah tinggi. Masih boleh terasa suasana kampung yang aman dan damai dengan udara yang bersih dari atas bukit.

Material kayu dan papan masih lagi digunakan bagi menampakkan seni tradisional ditambah pula dengan sentuhan ciri moden seperti mainan warna, material besi dan kaca untuk tingkap serta cara susunan perabot di dalam rumah.

Seni bina rumah tradisional masih boleh diterapkan seperti dibina di atas tiang, mempunyai tangga dan juga bumbung vernakular yang menggambarkan identiti seni bina Malaysia.

Kebanyakkan rumah tradisional dibina di atas tiang, tidak kisahlah masih menggunakan kayu ataupun batu bata.

Bukan itu je elemen tradisonal juga boleh dilihat dari struktur tangga yang dibina dimana tangga disambungkan dari tanah depan rumah ke serambi yang diperbuat daripada bata mahupun kayu.

Bumbung vernakular juga direka untuk menyerlahkan lagi reka bentuk tradisional dimana reka bentuk asasnya ialah bumbung bertebar layar.

7 Reka Bentuk Rumah Kampung Moden Yang Boleh Dicuba!
7 Reka Bentuk Rumah Kampung Moden Yang Boleh Dicuba!

Panduan Relevan

7 Reka Bentuk Rumah Kampung Moden Yang Boleh Dicuba!

Gaya Dekorasi Mana Yang Sesuai?

Reka bentuk rumah dah ada, macam mana pula dengan dekorasi dalaman? Jangan risau, kami juga menyediakan inspirasi deco rumah untuk anda gayakan.

Dekorasi dan susun atur rumah bukan je mengubah suasana tapi juga mempengaruhi emosi individu.

Boleh dikatakan dekorasi pun penting, yelah siapa yang taknak rasa selesa bila duduk di rumah dengan dekorasi yang sedap mata memandang.

1) Tema Perabot Lembut

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Untuk melengkapkan gaya ini, anda hanya perlu menggabungkan perabot dengan aksesori yang sedia ada contohnya bantal yang cantik, alas meja yang memukau dan juga karpet.

Kalau nak lebih menarik, susun aksesori tadi dengan warna dan corak yang berbeza untuk menimbulkan mood yang dinamik.

Bukan bantal je, karpet yang sesuai pun mainkan peranan yang penting untuk hiasan rumah anda.

Anda perlu tahu yang saiz karpet menentukan saiz ruang tamu anda. Jadi cara yang sesuai adalah pastikan ia muat untuk meletakkan meja kopi dan juga cukup besar untuk diselitkan bawah kaki sofa.

Jangan lupa, susunan perabot yang bagus juga merupakan asas yang penting dalam deko ruang rumah.

2) Lampu Hiasan Dapur

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Dengan menambahkan lampu hiasan siling ataupun dinding akan menambahkan karakter. Ia amat sesuai digayakan lebih lebih lagi kalau anda mempunyai siling yang tinggi. Tapi untuk nak memilih jenis yang sesuai bukan lah mudah.

Anda perlu cari sinaran lampu yang tidak terlampau berkilau yang mampu menggangu pandangan.

Bukan tu je, anda juga kena pastikan lampu yang digantung ada pada ketinggian yang sesuai untuk mengelakkan tetamu terganggu dengan sinaran lampu anda. Kalau nak dapat ruang dapur yang cantik, lampu yang cantik juga adalah salah satu dekorasinya.

3) Hiasan Pokok Bunga

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Serikan ruang rumah dengan hiasan pokok bunga. Siapa sangka bunga pun boleh menjadi elemen penting untuk dekorasi sesebuah rumah.

Tidak kira lah bunga hidup ataupun bunga hiasan, yang penting anda perlu letakkan ia ditempat yang betul dan sesuai.

Sebagai contoh, pokok bunga yang sesuai diletakkan adalah pokok bunga kecil atas meja dan juga pokok dedaun sebagai hiasan.

Manakala berkaitan dengan warna bunga yang sesuai pula adalah bergantung kepada warna dinding dan juga perabot sekitar.

Sekiranya ruangan tersebut dilengkapi dengan rona warna yang cerah, warna bunga seperti merah dan juga pokok dedaun hijau adalah paling sesuai bagi menikkan seri bunga tersebut. Tetapi sekali lagi, anda sendiri perlu bijak menggunakan bunga yang sesuai dengan keadaan sekeliling.

4) Aksesori Cermin

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Paling penting, anda kena pilih jenis cermin yang anda betul-betul berminat dan juga sesuai contohnya untuk diletakkan di dalam bilik.

Kalau pilih cermin yang tak berkenan, ditambah pula dengan perkara itu yang kita akan tengok hari-hari, jadi ia boleh ‘spoilkan’ mood anda untuk menghirup udara segar setiap pagi.

Anda juga perlu bijak memilih ruangan untuk meletakkan cermin ini. Pastikan ia diletak dengan betul dan juga mudah untuk anda melihatnya.

5) Hargai Karya Seni

tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah
tanah tinggi di Malaysia, tanah tinggi, cuaca sejuk Malaysia, deko rumah , bina rumah, deco rumah

Tak lengkap lah deko sebuah rumah tanpa hiasan bergantung seperti lukisan, gambar dan seni yang lain.

Tujuan utama hiasan seperti ini adalah untuk menambah seri rumah dan juga menjadikan ruang tersebut lebih moden.

Penting untuk anda memilih gambar atau lukisan yang sesuai supaya ruang tidak nampak serabut.

Sebagai contoh anda boleh menggantungkan seperti gambar pemandangan pun sudah memadai. Baru lah ruang tersebut nampak seperti ‘hidup’.

Tepuk Dada Tanya Selera

Secara amnya, majoriti penduduk di Malaysia memang sukakan suasana yang sejuk dan nyaman. Jadi tak hairan lah kalau makin ramai orang mula membina hartanah di tanah tinggi.

Tidak kira lah untuk anda sendiri duduk, tempat persinggahan percutian mahupun sebagai sewa Airbnb. Setidak-tidaknya ia mampu untuk dijadikan sumber pendapatan buat anda.

Apa yang penting, anda perlu bijak dalam membuat pilihan yang sesuai dengan minat dan juga modal yang ada. Cuma tinggal nak pilih konsep dan dekorasi mana yang sesuai yang mampu menambat hati anda semua.Semoga perkongsi ini bermanfaat!

Jika memang ada impian ada rumah di tanah tinggi, jom tengok senarai hartanah tanah tinggi di laman web BM kami ni!