10 Apartment 4 Bilik Harga Bermula RM300,000 Di KL & Selangor

Zaman sekarang ini kalau dapat beli rumah atas tanah di sekitar KL atau Selangor kira beruntung. Bukan sebab harga melambung sahaja, malah terlalu banyak persaingan.

Sebab itulah rumah jenis apartmen atau kondominium semakin laku. Tambahan pula bila kerajaan umumkan inisiatif HOC akan diteruskan sehingga Disember tahun ini. Rugi kalau rebut!

Cuma, anda kena pandai pilih. Kalau tengok pada trend apartmen sekarang, kebanyakannya dibina dengan konsep ‘jimat ruang’ terhad dengan hanya 3 atau 2 buah bilik sahaja.

Tak percaya? Buka saja Pinterest! Melambak contoh pelan rumah dengan 3 buah bilik. Macam manalah kalau yang berkeluarga ramai ya? Mesti terpaksa berkongsi bilik!

Mungkin sebab itu generasi muda sekarang lebih memilih untuk family planning? Mana tidaknya, kadar kelahiran menurun sebanyak 10.8% pada tahun 2021! Persoalannya, kita memang tiada pilihan ke?

Sebenarnya ada je jenis rumah apartmen atau kondominium yang dibina dengan lebih dari 3 bilik tau. Jom tengok apartment 4 bilik siap dengan pelan lantai sekali yang kami jumpa ni!

Apartmen/Kondominium 4 Bilik Harga RM300,000 – RM600,000

1. Residensi Bandar Bukit Mahkota (PR1MA), Kajang

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Terletak di Kajang, Selangor, apartment kosong Jenis B berstatus pegangan bebas ini dijual dengan harga RM327,600 untuk 4 bilik.

Unit 4 bilik ini dilengkapi dengan master bedroom dan 2 tandas di atas pelan lantai seluas 1107 kps bagi lot aras tinggi, rendah ataupun tengah.

Residensi dengan 650 buah apartmen ini baru saja siap dibina pada tahun 2020. Lokasinya pula strategik antara Lebuhraya Utara - Selatan dan Jalan Putra Mahkota. Memang jadi tumpuan!

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Harga bawah RM350,000 dengan 10% diskaun dan rebat untuk residensi 4 bilik yang dilengkapi dengan fasiliti moden seperti ini di Selangor? Berbaloi sangat!

2. Sg Long Residence, Kajang

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Siap dibina pada tahun 2019, apartmen dengan keluasan 1453kps ini memuatkan 4 buah bilik tidur termasuk master bedroom berserta 3 tandas hanya dengan RM519,816 bagi unit Jenis 4R1.

Sangat sesuai jika anda mempunyai ramai isi rumah yang berkeinginan untuk menetap di residensi yang tak lebih 10 tingkat! Walaupun ada banyak bilik, kedudukan setiap ruang dalam rumah kemas dan tersusun.

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Di sini, setiap blok dibina secara menghadap antara satu sama lain dengan konsep elegan dan kos penyelenggaraan yang rendah. Boleh berjimat lagi!

Cuma, residensi ini bukan di bawah HOC untuk melayakkan anda mendapat diskaun.

Tak mengapa, harganya sudah cukup berpatutan dengan servis dan fasiliti yang disediakan. Okay tak?

3. The Zizz, Damansara Damai

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Sekali tengok ingatkan harganya mampu mencecah sehingga RM600,000. Rupa-rupanya hanya RM520,000 untuk lot apartment 4 bilik yang lengkap dengan sebahagian perabot!

Tetapi, hanya lot aras atas sahaja yang dibuka dengan harga tersebut. Itu dikira bagus! Kurang sikit isu gangguan privasi nanti kan?

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Jika anda memang mencari rumah di kawasan Damansara, ini antara pilihan yang baik, baru siap tahun lepas dan ada insentif HOC.

Lokasinya jauh dari taska anak-anak? Tak mengapa! Selangkah saja anda keluar dari The Zizz, dah boleh nampak REAL Kids Education Center. Kedai dan dobi juga bersepah di sekelilingnya.

4. YOU CITY III (YOU CITY 3), Cheras

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Bagi anda yang merancang untuk memiliki rumah dua tahun dari sekarang dengan harga bermula RM555,000 untuk pelan 4 bilik sebelum diskaun HOC.

YOU CITY 3 yang terletak di Cheras, Selangor ini dijangka siap pada tahun 2023. Menariknya, ia dihubungkan dengan akses pengangkutan awam seperti MRT Taman Suntex sejauh 100 meter sahaja. Mudah kan?

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Susah tau nak dapat apartmen banyak bilik dengan keluasan 1033 kaki persegi di bandar tumpuan sebegini dengan harga bawah RM600,000.

Apa yang lagi berbaloi? Selain fasiliti umum dan perpustakaan, Hidroterapi Spa juga ada. Gempak habis!

5. LBS Skylake Residence, Puchong

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Ini antara residensi yang mempunyai harga yang berpatutan dengan servis apartmen yang disediakan.

Tanah berstatus pegangan pajakan yang terletak di Puchong ini menawarkan apartmen 3 bilik tidur dan 1 bilik belajar di atas pelan lantai jenis B1 seluas 1017kps dengan harga bermula RM588,900.

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Sesuai jika anda sukakan suasana alam semulajadi kerana kedudukannya betul-betul menghadap tasik dan dikelilingi pokok menghijau di setiap sudut fasiliti residensi.

Sementara anda masih boleh mendapatkan 10% diskaun di bawah HOC, LBS Skylake Residence dengan 746 unit ini layak masuk senarai rumah idaman anda.

Sempat lagi kalau nak plan sebab ia sedang dalam pembangunan dan dijangka siap tahun 2021!

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Apartmen/Kondominium 4 Bilik Harga RM600,000 - RM1,000,000

6. Akasa Cheras South, Seri Kembangan

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Satu-satunya apartmen 4 bilik berkonsepkan resort mewah yang djual dengan harga mampu milik oleh pasaran sasaran.

Akasa Cheras South, terletak di Seri Kembangan, Selangor bakal siap dibina sepenuhnya pada tahun 2021.

Hanya dengan harga bermula RM704,888, ia menyediakan 3 buah bilik utama serta 1 bilik utiliti dengan keluasan 1155 kps bagi unit Jenis C!

Nak lagi jimat? Ia juga layak menggunakan HOC untuk anda nikmati diskaun sehingga lebih dari RM70,000!

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Kos tambahan lain boleh dijimatkan sebab sebahagian daripadanya sudah dilengkapi dengan perabot.

Bahkan, anda juga dapat menikmati pantai buatan manusia yang pertama di sebuah kediaman residensi! Menarik kan?

PropertyGuru Loan Pre-Approval
PropertyGuru Loan Pre-Approval

Penyelesaian Relevan

PropertyGuru Loan Pre-Approval

7. Berkeley Uptown, Klang

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Dekat dengan akses Pendidikan seperti Sri KDU International School dan dikelilingi kawasan komersial di Klang, Berkeley Uptown menawarkan apartmen Jenis D dengan 4 buah bilik dan 3 tandas bermula dari RM726,000.

Kalau tengok pada pelan lantainya, apartmen seluas 1572kps ini terbahagi kepada 2 bahagian. Kedudukan semua bilik berada di bahagian dua, manakala ruang tamu, dapur dan balkoni berada di bahagian pertama.

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Anda ada pembantu rumah? Ngam! Jika diperhatikan betul-betul, ada sebuah bilik kecil yang berhadapan dengan laman rumah. Bolehlah dijadikan bilik pembantu atau jika tiada pembantu, bolehlah buat bilik stor.

Maksudnya, unit jenis D ini sebenarnya ada 5 buah bilik kesemuanya. Sangat berpatutan!

Bukan saja bebas yuran SPA, malah, anda akan dapat 100% pengecualian duti setem dan 10% diskaun dengan HOC? Mantap!

8. Impiria Residensi, Bukit Tinggi Klang

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Terletak di lokasi strategik Bandar Bukit Tinggi, Klang, Impiria Residensi ialah sebuah residensi bersepadu dengan pembinaan runcit dan butik hotel di bawah satu bangunan yang sama. Unik!

Pelan lantainya unit Jenis A ini juga menunjukkan konsep apartmen ini sangat ringkas tetapi sempurna.

4 buah bilik tersebut terdiri daripada 1 master bedroom, 2 bilik tidur sederhana dan 1 bilik kecil yang berkongsi ruang di dapur.

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Mana nak dapat apartmen 4 buah bilik di lokasi berdekatan Aeon dan stesen LRT yang menjadi mercu tanda Klang dengan harga bermula RM755,000?

Harganya boleh turun sehingga RM679,500 tau kalau anda menggunakan inisiatif HOC!

9. Setia City Residences, Setia Alam

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Khas untuk orang Shah Alam yang tercari-cari apartmen atau kondominium dengan keluasan lebih dari 1200kps dan mempunyai 4 buah bilik.

Setia City Residences sememangnya terbina untuk anda dengan harga bermula dari RM771,000 sebelum diskaun HOC.

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Setia Alam yang dikenali sebagai bandar menghijau. Moden, tetapi masih ada ciri-ciri alam semulajadi di sekelilingnya.

Itulah keistimewaan Setia City Residence! Tidak padat dengan hanya 780 unit apartmen sahaja terbina di atas 5.77 ekar tanah ini. Confirm anda akan tenang duduk di sini!

Residensi ini berstatus pegangan bebas dan baru siap dibina pada tahun lepas. Bukan sahaja 4 bilik termasuk bilik utiliti, malah, harga yang anda bayar itu juga termasuk sebahagian kelengkapan rumah. Untung kan?

10. RYAN & MIHO, Petaling Jaya

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Seperti yang anda tahu, harga tanah di Petaling Jaya melambung tinggi. Jadi, agak susah nak dapatkan rumah atas tanah yang selesa dengan bajet bawah RM900,000.

Ryan & Miho, sebuah residensi mewah 4 bilik yang dilengkapi sebahagian perabot menjadi tumpuan penduduk Seksyen 13, PJ kerana dikelilingi kemudahan akses pendidikan, sosial, kesihatan dan pengangkutan awam dengan harga bermula RM851,000.

apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo
apartment 4 bilik di selangor, apartment 4 bilik di kuala lumpur, pelan apartment 4 bilik, apartment, servis apartment, kondo

Melihat pada pelan lantainya yang unik, kedudukan dapur berada agak jauh dan tersorok sedikit dari ruang tamu. Jadi, tak adalah menggangu tetamu semasa anda memasak nanti!

Residensi ini akan siap sepenuhnya pada tahun ini. Bayangkan, harganya mampu menurun sehingga 10% dengan HOC tau. Tetapi, ia hanya terhad untuk beberapa unit saja.

Buat Kira-Kira Kalau Tak Nak Menyesal

Beli rumah adalah pelaburan jangka masa panjang yang mahal. Jadi kena tetapkan matlamat sama ada untuk duduk sendiri atau buat pelaburan sewa.

Anda juga perlu teliti dengan pelan lantai rumah supaya harga yang anda bayar itu berbaloi dengan keluasan dan reka bentuk rumah.

Jangan lupa buat kajian dan perbandingan sebelum membuat keputusan. Minta pendapat kenalan terdekat berpengalaman yang mempunyai latar belakang hampir sama dengan anda!

Panduan Relevan